









Jika anda tempah sekarang, kami akan beri 4 HADIAH PENGHARGAAN SEMPERNA PENYERTAAN ANDA BADAL HAJI 2026 INI untuk anda secara PERCUMA!
Hadiah Percuma Akan Diposkan Kepada Anda Secara Parcel Selepas Tempahan Diproses Dan Diagihkan Dalam Tempoh 3-14 Hari Dari Tarikh Penyertaan.
*Hadiah Dan Promosi Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat.
Dapatkan set naskah Al Quran dari Tanah Suci untuk peserta Badal Haji secara PERCUMA!
Sijil lengkap untuk setiap peserta. Laporan pelaksanaan digital boleh diakses melalui kod QR.
Khas untuk setiap tempahan Pakej Mahabbah & Mahmudah, Set Rehal Nama Eksklusif Insan Tersayang.
Khas untuk setiap tempahan Pakej Mahmudah berpeluang cabutan bertuah Umrah PERCUMA.
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
Ya, wajib di hajikan daripada harta peninggalannya kerana kewajipan itu tertakluk kepada harta dan menjadi tanggungjawab waris mengeluarkan bahagian hajinya.
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
Ya. Boleh mewakilkan orang lain jika ia tidak ada harapan lagi untuk mengerjakan hajinya sendiri. Orang ini termasuk dalam erti kata “makdhub”.
Setiap orang hanya boleh mengerjakan haji untuk seorang di dalam satu-satu tahun itu.
Boleh
Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
Tidak salah. Tetapi tidak wajib ia menerimanya kerana takut menanggung budi.
Tidak wajib haji selagi belum ada kemampuan. Dengan ini tidak perlu berhutang. Kalau dia berhutang juga sedang dia tidak ada cagaran untuk membayarnya maka ia berdosa kerana menyusahkan dirinya dengan perkara yang belum diwajibkan.
Ya, dia boleh mengerjakan haji kerana ia ada mempunyai cagaran untuk membayar hutangnya. Malah jika dia ada wang simpanan yang memang tidak digunakannya untuk membayar hutang, wajiblah ia mengerjakan haji apabila sampai masanya sebagaimana ia wajib menzakatkan wang itu melainkan kalau digunakannya wang itu semua untuk membayar hutangnya itu.